Jumaat, Ogos 24, 2007

SAYA BUDAK BARU BELAJAR

Assalamualaikum,

"Kalau salah, tolong tunjukkan!"


Jalan penulisan yang terlalu panjang,

Merangkaklah dan jangan berhenti!

Alhamdulillah, pagi tadi; ketika saya baru sahaja pulang dari bekerja sebagai seorang cleaner di ANU (Australia National University - tempat isteri saya belajar!) kebetulan seorang posmen sampai dengan vannya. Mulanya dia betul-betul mahu memakirkan vannya di tempat parking kereta saya, sebelum saya memintanya memindahkan sedikit vannya. (saya tak mahu parking kereta di dalam garaj, leceh - sengeh!)

"Oh ... MEKAR SAKURA DI MIMBAR CINTA yang dikirimkan oleh Hafizah PTS. Ada 10 naskah semuanya sebagai naskah penulis.

Terima kasih sangat!

Ah, kegembiraan saya melihatkan buku himpunan cerpen saya dengan latar bunga sakura itu sebagaimana gembiranya saya ketika menyambut Muhammad Ilham, anak tunggal saya pada 25 Februari lalu. Gembira sungguh!

Terus saya baca AIR MATA SEORANG GIGOLO sebagai cerpen pemula; seputar kisah pengalaman seorang gigolo yang insaf di Tanah Suci Al-Haram Mekah.

"Malu saya baca cerpen abang yang nih!" ulas isteri saya ringkas pagi tadi. Saya hanya tersenyum, senyum orang gembira!

Sebetulnya cerpen ini tak pernah tersiar di mana-mana keluaran sebelum ini, sedangkan sebahagian besar cerpen-cerpen lain sudah pernah tersiar samada di Berita Minggu, atau Majalah-I, atau sahaja Majalah Dewan Agama&Falsafah (sebelum Dewan Agama&Falsafah itu terkubur tanpa nisan!)

Sehingga di situ, dan isteri meminta saya menghantarnya ke WODEN INTERCHANGE, stesen bas terdekat dengan rumah saya di kawasan PHILLIP ini. Setiap Jumaat isteri saya akan ke ANU dengan bas dan tengahari nanti saya akan ikut ke ANU untuk bersolat Jumaat di surau ANU sambil anak saya ILHAM dijaga sementara oleh isteri saya. Dan petang atau senja nanti, saya ke ANU sekali lagi demi menjemput isteri untuk pulang ... enjoy your weekend (istilah yang sinonim yang akan diucapkan oleh teman-teman aussie sebelum balik petang Jumaat. Mereka memang betul-betul menghargai hujung minggu ... em, atau mereka malas bekerja sebenarnya? ahak!)

Dan lagi, tentang penulisan saya yang baru bertaraf merangkak-rangkak;

"Amboi ... senyap-senyap keluar PANGKOR JANGAN TERSUNGKUR pulak." sms dari adik perempuan saya dari Malaysia, Ahad minggu lepas. Oh, saya tak sangka!

Terima kasih kepada Berita Minggu, khususnya kredit untuk Kak Yati editor bahagian sastera yang memberikan kepercayaan untuk kesekian kalinya untuk cerpen saya bertari-tari di atas dada Berita Minggu. Domo arigatou ne!

Dan lagi, saya menantikan perkhabaran terbaru dari PTS tentang novel sulung saya, tajuk asal dari saya CINTAKU SAKURA PUTIH. Resah sentiasa sahaja berulit, sepertimana saya menantikan kelahiran anak kedua.

Oh, terima kasih kepada "boss" En Fauzul PTS atas bakar-bakar semangat yang dipinjamkannya sehinggakan CINTAKU SAKURA PUTIH diselesaikan kurang dari dua bulan. Fuh!

Begitupun, bagaimanapun, walau apapun, saya tetap sedar betapa saya adalah budak mentah, bayi yang baru merangkak. Ah, jalan dan perjuangan dengan tinta-tinta emas ini terlalu luas dan tentu sahaja memerlukan tunjuk-ajar dan 'ketuk-tangan' oleh abang kakak yang jauh lebih berpengalaman dan berkemungkinan terkena darah tinggi dek kerna banyaknya makan garam berbanding saya (senyum!)

Tetapi, saya harap saya akan terus melangkah, walau perlahan, walau laju, mae wo mite sa ... aruite, akiraminaide ... sesungguhnya orang yang berjaya tak pernah berhenti, dan orang yang berhenti tak pernah berjaya.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hait hait wakarimashita...

time to start digging up my collection of 'tulisan merapu'

ILHAM HAMDANI berkata...

drayn;

tak tulis dan siapa pun tak tulis yang sebetulnya andalah dewa-dewa penulisan yang ditunggu-tunggu oleh zaman ini, ahaks!

let's start!

tintaHati berkata...

Wahh orang belajar di negara sakura, karya2nya pun berjudul sakura juga.

Apa pun salam tahniah dari saya. Moga saudara meneruskan perjuangan menulis novel dan cerpen islami. Moga apa yang kita tulis itu bisa memberi manfaat kepada semua. InsyaAllah!

DraygourN berkata...

oh yeah, i just want to stay away from cerita cinta dan tema-tema 'berat' sepertinya,

and the lack of that kind of stories inspired me to write. to fill in the blank left by our writers

saaa...yarimashou

DeeN berkata...

salam kenal,

wah, bakal keluar novel. Tahniah! Er.. deen, orang perlis kan?