Ahad, Ogos 26, 2007

PERMATA HATI

Assalamualaikum,

17 MAC 2006 (PERMATA HATI I)
Masakan saya boleh lupa!
Pokoknya, kami bercinta sesudah berkahwin! Walaupun saya dan isteri adalah anak-anak Malaysia yang 'dibesarkan' oleh orang Jepun, tetapi kami tak pernah bercinta di tanah sakura sana. Sumpah! (ini perkataan keramat yang saya gunakan dalam manuskrip novel saya CINTAKU SAKURA PUTIH yang sudahpun dihantar kepada
PTS)



25 FEBRUARI 2007 (PERMATA HATI II)
Sekali lagi, masakan saya boleh lupa!
Walaupun kehadirannya penuh kejutan, tetapi saya menerimanya dengan hatinya lapang; Muhammad Ilham.

Kejutan pertama; saya sangkakan, saya rasakan yang akan lahir seorang perempuan (ketika isteri saya scan, tak nampak jantina!) , tetapi yang berkeriau pada maghrib senja itu di wad bersalin Hospital Serdang adalah sebaliknya bayi itu adalah lelaki. Saya sedikit terkejut!

Kejutan kedua; doktor jangkakan kelahirannya pertengahan April.
"abang harap lahirlah 11 April, boleh jadi anak abah," gurau saya pada isteri. 11 April adalah hari kelahiran saya. Tetapi mengejutkan, cukup mengejutkan dia lahir hampir 2 bulan lebih awal dari jangkaan, pada senja 25 Februari 2007. Saya makin terkejut!


Kejutan ketiga;


"Kalian, agak-agak berapa beratnya?"

Cepat! Sila tuliskan tekaan kalian di comment

Syarat? Saya hanya menerima jawapan pertama dari setiap peserta yang bertanding. Jawapan kedua dan seterusnya tidak dilayan!

Pemenang? Siapa yang paling cepat dengan jawapan yang tepat!

Hadiah? 1(satu) naskah Himpunan Cerpen saya; MEKAR SAKURA DI MIMBAR CINTA, siap dengan setem Australia dan tandatangan saya.


Klu? Kelahirannya adalah pra-matang dan tinggal di inkubutor Hospital Serdang selama 34 hari.

Lalu, selama tempoh itulah saya berulang-alik antara rumah mentua di Cheras dan Hospital Serdang, setiap hari kerana menghantarkan susu isteri kepada si kecil saya. Dan kadang-kadang isteri yang di dalam pantang akan ikut sekali demi rindunya dia pada permata hati kami.


Selamat ulang'bulan' yang ke-6, kesayangan abah; Muhammad Ilham!

Betapa tangisannya menemani penulisan saya ketika menyudahkan CINTAKU SAKURA PUTIH. Dan lagi, kerana Muhammad Ilham juga saya menukar nama pena daripada ADDEEN BANDARSEPI yang saya gunakan dalam cerpen-cerpen saya selama ini kepada ILHAM HAMDANI (kata boss FAUZUL PTS: nama pena ADDEEN BANDARSEPI tu kurang komersial!)

Dan, siang tadi, 25 Ogos 2007 ketika kami berbbq di Acton Park di pesisir tasik Lake Burley Graffin berhampiran City of Canberra genaplah usia Muhammad Ilham 6 bulan.

Muhammad Ilham, jadilah anak soleh!


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

rasa2 baby ilham neh kuar 1.95kg kot?ataru kana??tembak je la hehe.


-MAI-

DraygourN berkata...

aiseey aku harem takder idea langsung berat baby tapi aku tembak gak aa

1.45kg

tintaHati berkata...

Alaa terlewat lah nak menjawab... Tapi, saya masih dapat naskah percuma tu kan?kan?kan? ;P

Sri Diah berkata...

Alhamdulillah;
Diam-diam sudah ke negara seberang... patutla sms tak berbalas. Tahniah. Bukankah ini yang pernah Kak Sri katakan dulu? Dan Adden telah membuktikannya!

tintaHati berkata...

eh tak da jawapan ka?

Tanpa Nama berkata...

1700 gram?


www.drnida.blogspot.com

Wahidah berkata...

hurm..1.8 kg..