Khamis, Ogos 23, 2007

KERNA KAU LELAKI

Assalamualaikum,

Saya jadi terkesima, meskipun cuma untuk beberapa saat ketika membaca isu
lelaki ke dapur di dalam Utusan Malaysia semalam. Dan hari ini isu itu semakin menjadi-jadi dengan pandangan-pandangan dari tokoh feminisme Malaysia; Datuk Shahrizat Abdul Jalil dan Dr Lo'lo' Ghazali .


Saya jadi terkedu seketika!

Ketika ini sayalah sebahagian dari lelaki-lelaki itu; tinggal di rumah, menjaga anak, mengemas rumah, membasuh pakaian dan kemudiannya melipatnya. Tetapi ... eh, kerja-kerja memasak amat jarang saya lakukan, itu tugasan orang kesayangan saya. Lalu? Agaknya saya bukan "lelaki masuk dapur" kot (ketawa!)

Saya membilang hari. Oh, sudah hampir genap dua bulan saya berkeadaan sebagai "orang lelaki perlu masuk dapur", atau saya yang jauh mendahului ucapan tokoh-tokoh di atas. Saya tersenyum dan berfikir lama.
Terpulanglah, terpulanglah! Kalian lebih arif, lebih alim, siapakah saya untuk menjadi wakil kepada kalian memberi kata putus, bukan? Timbang-timbanglah!

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan."

(Surah Al-Baqarah, Ayat 233)

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku pun berminat jugak nak jadi suami dapur...prospek menarik, ada masa menulis, membaca - dan peluang belajar masak.


where do i sign up?

Purpleheart berkata...

Salam kenalan,

tak rela rasanya lelaki ke dapur, kalau sesekali ok la, tapi kalau nak ambil alih rasanya tak sampai hati.