Assalamualaikum,
Letih tetapi seronok!
Aha, sudah dua hari saya bekerja 2 kerja, dengan 2 majikan;
4:00 - 8:30 pagi cleaner dengan City Group di ANU
10:00 - 2:00 ptg training dengan Kingsley's Chicken.
Letih? Tok sah cakap lah! Pukul 8 lebih sedikit saya dah terlelap. Kasihan isteri sebab sebelah malam dia tiada teman untuk bicara. Ah, inilah mungkin namanya pengorbanan untuk sebuah kegembiraan hari muka. Sabar ya sayang abang! (kalau awak baca entry abang yang ini)
Dan, esok; hari Jumaat, macam biasa saya akan kerja cleaner sampai jam 8:30 dan training Kingsley's akan bermula sebelah petang, jam 2. Itupun setelah saya maklumkan saya perlu ke Canberra Mosque untuk solat Jumaat. jadi pihak pengurusan Kingsley's ubah jadual training kepada sebelah petang.
Sabtu? Oh, nampaknya seperti minggu ini saya tiada holiday langsung! Fuh...
Sebelah paginya, pihak MASEC (Malaysian Student Associate of Canberra) minta saya bagi satu tazkirah tentang Persediaan Menghadapi Ramadan. Wah, dah lama betul saya tak bercakap, ya, sejak datang ke Australia ini. Alhamdulillah, mujur persediaan bahan tazkirah sudah saya siapkan awal-awal hujung minggu lepas lagi. Kalau tidak, hai tak tau bilalah saya nak prepare, kan? Sebab tu, memang kata Saidina Ali ra; "jangan kamu tunggu sehingga esok kalau kamu boleh melakukan hari ini!"
Sebelah petang Sabtu? Oh, Mr David, Training Manager sudah maklumkan tadi;
"Awak mungkin kena bekerja (training sambil bekerja!) di outlet Kingsley's Woden Plaza pada Sabtu dan Ahad!"
Saya hanya angguk. Kata orang; awal-awal kerja apa-apa kerja pun angguk sahaja (senyum!)
Jadi? Maknanya Sabtu dan Ahad pun kemungkinan besar saya akan bekerja. Fuh, tarik nafas panjang-panjang ...
1 ulasan:
Tak pa, bersusah2 dahulu , bersenang2 kemudian.. ;)
Catat Ulasan