Isnin, September 03, 2007

RAMADAN KALI INI.

Assalamualaikum,



Oh, Ramadan betul-betul di muka pintu, sekadar menanti untuk mengetuk pintu waktu. Ya, Ramadan al-Mubarak yang mulia itu. Saya pun sedikit berdebar-debar untuk menerima kehadiran Ramadan kali ini atas beberapa perkara.

Pertamanya ini kali pertama saya berpuasa di sini. Ya, saya pernah berpuasa lima musim ketika di Jepun dahulu, tetapi tentu sahaja ada kelainan Ramadan ini bumi Canberra ini. Mengenangkan lima musim berpuasa di Jepun, tentu sahaja saya terkenangkan berbuka denan snicker dan setin teh susu yang sentiasa sahaja menjadi juadah 'istimewa' saya di sana. Iya, kelas berakhir jam 5:30 petang, sedangkan waktu berbuka jam 4:30 atau 5:00 petang. Makanya, itu sahaja juadah untuk mengalas perut saya. Menariknya, terkenang dulu-dulu!

Dan lagi, kali ini saya menyambut Ramadan dengan situasi isteri yang sibuk menyiapkan dirinya untuk perjuangan segulung ijazah bernama PhD in Chemistry. Tentu sahaja beban tugasnya akan berhambatan dengan masa, kadang-kadang ada masanya jam 7 malam baru menjenguk ke rumah. Saya tak kisah, biarlah, biarlah. Asal isteri senang dan lancar dengan misi PhDnya dan saya tak kisah. Sungguh! Inilah satu pengorbanan, pengorbanan seorang suami!

"Berjuanglah isteri, berjuanglah!"


Dan lagi, kali ini Ramadan disambut dengan kemeriahan, hidupnya rumah kami dengan tangisan permata, Muhammad Ilham. Ah, tentu sahaja tangisan Ilham yang kelaparan susu (Ilham menyusu badan!) akan mengejutkan saya dan isteri untuk bersahur. Nah, tentu sahaja Ramadan kali ini hadir dengan persepsi baru lewat-lewat jalur hidup yang sudah berubah dari masa lampau.

Ilham dan abahnya ketika acara BBQ di Acton Park, dua minggu lepas.

Oh ya, terima kasih kepada adik-adik MASAC(Malaysian Student Associate of Canberra) yang telah menjemput saya (oh, saya yang dijemputnya, aduh!) untuk sebuah pengisian sempena datangnya Ramadan yang berkat. Mohon maaf atas segala kekurangan pada pengisian. Mudahan beroleh manfaat dan keberkatan dari Tuhan. Jangan serik-serik untuk calling-calling lagi kalau ada program apa-apa.

"Tuhan, berilah aku kekuatan untuk memenuhkan Ramadan kali ini dengan ibadah kepadaMu."

2 ulasan:

Achik_Sufi berkata...

salam,
bila nak ajak orang c nie BBQ sama...ngah lapar nie...

moga c hat slalu...

Nor Ramli berkata...

salam..
ur wife must be very happy for the things u r sacrificing....
Seperti suami epel yang tak merungut wp hujung minggu penuh dengan lab dan hari2 bekerja kena makan di luar...:)