Selasa, Ogos 28, 2007

KINGSLEY'S CHICKEN

Assalamualaikum,

Fuh, saya menarik nafas lega! Saya sudah diterima bekerja dengan
KINGSLEY'S, sebuah restoran makanan segera, seperti juga KFC. Tetapi Kingsley's hanya boleh di kawasan Canberra, dan baru satu cawangan di New South Wales (Sdyney adalah salah satu kawasan di dalam territory New South Wales.) Dan yang menarik tentang Kingsley's, ayam-ayam panggangnya halal dan boleh dimakan, lebih murah dari ayam halal yang segar, malahan. Dan, kedua, dengar khabarnya pemilik Kingsley's adalah usahawan Malaysia sendiri yang khabarnya orang Batu Pahat. Wallahua'lam!




Pagi tadi, sebaik pulang dari bekerja sebagai cleaner di ANU (ya, saya masih lagi bekerja sebagai cleaner di ANU dengan syarikat City Group. Sayang kerja cleaner nih, gajinya boleh tahan!), saya berlatih lagi ujian untuk keypad machine dengan isteri saya bertindak sebagai time-keeper. Ujiannya? Saya dikehendaki key-in beberapa order, konon-kononnya daripada pelanggan dan ditetapkan masa. Setiap pekerja baru mesti melepasi masa yang ditetapkan, ataupun awak tak layak bekerja dengan Kingsley's. Aduh!

"Bagus! Esok, jam 9:30 bawa sebatang pen hitam dan kami akan beri awak on-job training. Awak diterima bekerja dengan Kingsley's." Saya gembira tak terkata. Ah, di Malaysia saya tak pernah berhadapan kesusahan untuk mendapatkan kerja seperti di sini (ya, nanti-nanti saya akan ceritakan kesusahan saya nak mendapatkan kerja di sini, InsyaAllah!)

Tetapi? Bagaimana dengan kerja cleaner? Ah, ini pun masalah. Begini, saya rasa saya akan teruskan sahaja dahulu dengan cleaner dan kerja Kingsley's sehingga saya betul-betul tak terdaya untuk membuat dua kerja dalam satu masa, dan pada masa itu saya akan memilih; cleaner atau Kingsley's?

Esok saya akan meninggalkan Ilham, anak kesayangan saya dengan seorang wanita Indonesia; Kak Ana. Terasa sayanglah pulak! Sekarang baru saya mengerti perasaan seorang ibu yang tak rela berpisah dengan anak mereka, apatah lagi pada usia-usia seperti Ilham. Aha, ada teman saya seorang pesnyarah di UXM, sanggup ambil cuti tanpa gaji selama 6 bulan semata-mata tak sanggup berpisah dengan babynya. Oh bayangkan!

Ya! Ya, saya dah faham perasaan sang ibu itu!

Taktaulah bagaimana Kak Ana Indonesia ini tahan atau tidak dengan telatah Ilham. Oh ya, Ilham sudah pandai menjerit, kuat, seperti orang kena cubit. Aduh, jenuh melayan kerenahnya yang boleh tahan, terutama semasa hampir-hampir terlelap. Itu antara saat paling menguji kesabaran; menangis, merengek, jenuh didodoikan hinggalah dia terlelap. Dan bila Ilham terlelap, abahnya pula terasa sunyi, tak berteman!

Ah, esok dunia baru. Rutin ini akan berubah. Bagaimana sudahnya? Entah.

2 ulasan:

tintaHati berkata...

semoga addeen dapat menguruskan masa dengan baik dan saksama..

Ninonoi berkata...

good luck..
semoga berjaya ^^