Assalamualaikum,
"Maaf Encik Ilham, mungkin Hidayah Cinta tak sempat dicetak untuk Pesta Buku nanti," balas Nor Hafizah, editor PTS.
"Oh, ok ..." balas saya, mengulum kesedihan sendiri.
Apa nak dikata? Salahkan PTS? Tak mungkin! Saya cukup yakin, terlalu yakin, malahan tim PTS sudah melakukan terbaik untuk semua buku yang mahu diterbitkan - tiada istilah anak emas mahupun anak tiri pada PTS - itu yang saya yakini.
Apa nak dikata? Mahu salahkan nasib, atau takdir Tuhan. Asta'firullah.
Tetapi jauh di sudut kecil saya, "Kalau ada rezeki, adalah Hidayah Cinta di Pesta Buku nanti!"
Yeah, hidup mesti optimis, kan?!
Ya, Hidayah Cinta - novel saya yang pertama, setelah Mekar Sakura Di Mimbar Cinta, sebuah himpunan cerpen-cerpen saya diterbitkan PTS pertengahan tahun lepas.
Juga sama - mengambil latar Jepun yang saya tinggalkan, yang dirindu-rindukan itu sebagai kanvas susur galur penceritaan, seperti komen dari novelis John Norafizan ;
“ Membaca karya Ilham Hamdani ini bagaikan menyusuri sendiri jalanan sepi di Ibaraki, bagaikan senafas dengan nafas Umar Thilmisani, bagaikan berada di dalam resah dan harap Ayumi. Penceritaan yang terkesan di hati. Sarat dengan sempadan dan teladan. Dan ingatan pada Dia yang berkuasa di atas tujuh petala langit dan tujuh petala bumi. Novel yang segar persis bunga-bunga sakura yang tidak akan hilang seri, meski alam saling bergantian antara musim-musim dingin yang menikam, bunga yang riang, panas yang menggigit dan luruh yang asyik.”
"Kenapa berebutkan Pesta Buku tu?"
Jawapannya mudah: semua yang terlibat dengan dunia buku; penerbit, pembaca, pembekal buku-buku kontrak kerajaan, bukan sahaja dalam Malaysia, bahkan luar negara akan ke sana untuk menjadi yang terbaru, terbagus, dan membelinya.
Lalu? Dari segi logik bisnisnya, mana yang terpamer di sana akan punya kelebihan dari sudut skop pemasaran yang luas. Pun begitu, rezeki itu kan di tangan Tuhan!
"Hidup mesti berfikir positif, optimis, bukan?"
Oh ya, saya sedang mengumpul aura, sebetulnya, untuk novel kedua saya, seputar kehidupan sehari-hari di benua Australia ini pula. Doakan, doakan, doakan saya!
7 ulasan:
Salam! Bro! Tahniah dan banyak-banyakkan berdoa! Insya Allah kalau ade rezeki akan ada di pesta buku nanti :) :) kalau tak... mungkin ada rezeki yang lebih baik lagi kan? :) :)
hehehe, jangan lupa bagi satu! ekekekekekeke
tahniah, jika tak keluar waktu pesta buku pun saya pasti peminat sdr akan tetap mencarinya...
salam ilhamhamdani-san,
terima kasih banyak untuk novel ini. arigato na. arigato.
moga Allah merahmati saudara.
ikhlas,
ariaayumi
salam..
aish..saya dah hadam buku sedara..
mujur rerakan hadiahkan sempena besday aritu..
nice!
Saya meminati tulisan Ilham Hamdani. Membacanya seperti meminum air teh. Rasanya sedap, nyaman, lembut tetapi menyegarkan. Ada cinta tetapi berpaksikan ketuhanan. Jika pelajar saya bertanya, tulisan Ilham Hamdanilah yang saya promosikan. Tahniah Ilham Hamdani. Teruslah menulis tanpa mengira ke pesta buku atau tidak sebab ada yang sentiasa ingin membaca tulisan Tuan.
Sdr Ilham
jadi penulis juga harus belajar jadi sabar... salam kenal.
tahniah!novel yg paling best yg pernah saya baca
Catat Ulasan