Rabu, September 05, 2007

DEMAM LAH PULAK!

Assalamualaikum,

Sakit pun sebenarnya nikmat, kan? Ya, dengan sakit seseorang itu lebih senang ingat akan Tuhannya, berbanding semasa sihat kuat. Dan lagi, dek sakit dan mungkin terbaring sahaja maka tertutuplah sedikit peluang-peluang maksiat dari matanya, telinganya, bicaranya. Kan?


Semalam kami tiga beranak mula rasa nak demam-demam, mungkin sebab perubahan musim agaknya; dari musim sejuk kepada musim bunga. Kata isteri saya - nih pasal alahan debunga nih!

Mula-mula saya rasa sakit tekak, dan pagi tadi ketika bekerja cleaner air hidung sudah mulai meleleh. Aduh! Semalam, si kecil bangun merengek beberapa kali, hidungnya sedikit tersumbat dan ada batuk-batuk kecil. Kasihan betul tengokkan dia. Sejak datang ke sini, Alhamdulillah Ilham tak pernah meragam dan sakit lagi. Bimbang juga saya dan isteri. Mudahan tak ada apa-apa. Isteri pun mulai terasa panas sejuk badannya. Hai, nak demam juga agaknya. Tetapi kalau demam sekarang, harap-harap boleh segera sembuh sebelum datangnya Ramadan. Kalau tak, alahai ...


Canberra; memasuki bulan bulan September ini cuaca sudah semakin panas sedikit, betul-betul menghampiri musim bunga. Wah, musim bunga musim yang ditunggu-tunggu. Sebetulnya saya agak alah dengan musim sejuk, dan berdoa cepat-cepatlah datangnya musim yang ceria. Kalau perhatikan di mana-mana kawasan, pohon cherry blossom yang sekali-kali mengingatkan saya pada pepohon sakura memang berbunga meriah. Canberra jadi cantiklah pula rasanya. Tulip pun dah bersedia untuk berbunga. Seronok!

Dan lagi, satu perkara baru yang menariknya di sini - saya tak pernah alami lagi, apabila memasuki bulan 10, jam di sini akan dipercepatkan sejam lebih awal. Kalau sekarang perbezaan waktu antara Canberra dan Malaysia misalnya adalah 2 jam, tetapi apabila memasuki bulan 10 nanti akan jadi 3 jam. Saya tak pernah alaminya lagi, nantilah. Mungkin sebab siang akan jadi lebih panjang, dan matahari akan keluar lebih awal dari sekarang. Jadi, kerajaan tempatan terpaksa menyelaraskan balik waktu mengikut pada kesesuaian matahari. Ah, ini teori saya tau, ahak!

Mujur juga kami akan berpuasa ketika musim bunga, jadi tidaklah terlalu panas dan terlalu panjang tempoh berpuasanya. Bayangkan kalau terpaksa berpuasa ketika pertengahan musim panas, sekitar bulan Januari, oh tempoh masa menahan lapar dan dahaga adalah lebih panjang. Mungkin hampir 14 jam jadinya. Em, tetapi ... amalan yang ikhlas tentulah punya ganjaran yang lebih besar di sisi Tuhan Rabbul Jallil, kan?



2 ulasan:

kuIna berkata...

salam, moga cepat sembuh utk menyambut bulan yg mulia.

AinulMalik berkata...

tak mengape, demam boleh menghapus dosa2 kecil..cantik betul canberra!!