Isnin, September 10, 2007

APABILA DUA CHEF MASUK DAPUR

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, setelah sekian lama tertangguh akan hajat saya yang satu ini, maka malam Ahad yang baru lalu tercapailah juga - majlis makan-makan!

Ya, saya masuk rumah baru ini sejak awal Julai lagi, sekarang sudah masuk awal September pun, maknanya sudah 2 bulan kami masuk rumah sewa ini tanpa apa-apa majlis doa yang berbentuk formal. Memang hajat itu sudah ada sejak awal-awal lagi, tetapi asyik tertangguh sahaja, sehinggalah hari Sabtu hujung minggu lepas.

Terima kasih untuk semua warga kerabat Canberra yang sudi datang bersolat isyak dan berlangsungan dengan bacaan Yassin. Kemudian barulah makan-makan dengan nasi ayam dan makaroni. Em, teringatkan aktiviti memasak nasi ayam, kadang-kadang lucu dan kadang-kadang geram. Ya, lucu dan geram mengingatkan dua orang chef yang berebut nak tunjuk pandai (saya dan isteri sayalah tu!)

Saya: Kuah nasi ayam nih kita pakai kuah sup semua lah!
Isteri saya: Tak! Tak. Masuk sikit saja, lepas tu campurkan dengan air sikit.





Saya: Kuah kicap nih kena tambah sup sikit baru campur dengan sos tiram.
Isteri saya: Tak perlu lah kot ...

Ah, itu antara beberapa siri perdebatan apabila dua orang chef berkongsi satu dapur. Kerja bukannya jadi makin cepat, makin lambat adalah, sebab masing-masing sibuk mempertahankan ilmu dari School of Cooking masing-masing. Itulah, untuk kali keseterusnya ini mesti putuskan awal-awal siapa yang akan jadi tukang masak. Bila seorang sahaja yang jadi kepala, dan yang seorang lagi jadi tukang dengar. Baru senang sikit buat kerja. Alahai!

Itulah asam garam suami isteri, gaduh-gaduh tetapi rasanya makin dekat, tetapi rasanya makin sayang. Alhamdulillah!

Cuma yang jadi masalahnya, tak ramai suami yang ikut serta dalam tugasan di dapur (saya pun tak pasti sampai bila saya masih sanggup turun ke dapur? ), sebaliknya para suami ini memang melepaskan terus tanggungjawab di dapur kepada isteri, dengan alasan yang terlalu klise; "penat bekerja!" Sedang, di luar kesedaran sang suami para isteri yang berpeluh di dapur itu pun sebenarnya turut bekerja sebagai guru, jurutera, dan sebagainya di sebelah awal siangnya. Aduh!

Tinggalah dulu isu suami tak mahu turun ke dapur! Nanti ramai pulak yang kepanasan, ahaks

1 ulasan:

tintaHati berkata...

Hehehe..tak ramai suami yang sanggup turun ke dapur memasak. Kalau ada pun turun ke dapur melantak!