Assalamualaikum,
Hari ini saya kembali bekerja sebagai cleaner setelah dua hari tak bekerja kerana masalah teknikal. Dan sekali lagi giliran mencuci bangunan Chifley Library yang empat tingkat, tak jauh dari Union Court. Saya seperti biasa ditugaskan di tingkat 3 bangunan perpustakaan multimedia itu.
Gambar Union Court yang menjadi "jantung" kepada Australian National University. Selepas jambatan, di sebelah kanannya adalah Chifley Library, tempat saya bekerja pagi tadi. (gambar diambil dari multiple ukhti Ayu.)
Saya perasan ada sticker yang banyak dicetak di dalam bangunan perpustakaan itu;
"AWASI BARANGAN ANDA. DI SINI ADA PENCURI."
Saya teguk air liur yang terasa payau amat. Ya, sebelum ini saya memang perasaan tentang peringatan yang sama, tetapi sekadar ditampal pada dinding perpustakaan. Tetapi, pagi ini sudah dibuat dalam bentuk sticker dan saya rasa ia diedarkan kepada pengunjung perpustakaan itu.
Lantas saya membuat kesimpulan sendiri, "makin menjadi-jadi kes kecurian di perpustakaan nih, agaknya ..." Hati saya berkocak, iman saya terasa dicabar.
Kalian, apa mahu jadi dengan dunia yang kita sama-sama kongsi ini? Tarik nafas, rasa sesak, rasa sebak, berbaur-baur. Kes pembunuhan terlalu (sumpah! terlalu) banyak, dan terbaru mayat kanak-kanak di dalam beg, aduh! Kes kecurian, rompakan, samun - ah, tak usah dikira-bilang lagi, terlalu (sumpah! terlalu) banyaknya, termasuk kes-kes kecurian telefon bimbit, barang berharga di gedung ilmu, seperti Chifley Library di atas (ah! Perpustakaan di tempat lain pun sama. Sumpah! Saya yakin!)
Sambil bekerja mencuci, sambil otak saya berfikir, dalam keresahan. Saya teringat kata-kata Datuk TG Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan;
"Sepatutnya ketika bilangan universiti semakin bertambah, bilangan orang yang baik-baik juga turut bertambah, tetapi sebaliknya yang berlaku."
Ya, relatifnya sepatut jadi begitu. Universiti sebagai pusat melahirkan manusia baik semakin bertambah banyak di negara kita. Seingat saya, awal-awal 90-an hanya ada UUM, USM, UM, UPM, UKM, UTM dan ITM. Itu sahaja! Hari ini? Ah, terlalu banyaknya. Anehnya, manusia jahat-jahat juga semakin bertambah, membiak-biak, malahan, ibarat cendawan-cendawan yang subur tatkala hujan pagi baru sahaja usai rintik-rintiknya.
Saya berfikir lagi, sambil-sambil saya mulai memasang vacuum cleaner, semua lantai di tingkat 3 perlu saya sedut habuk dan cebisan-cebisan sampah.
Saya fikir: inilah natijahnya apabila sistem pendidikan kita hanya mengambil luarannya sahaja. Belajar untuk segulung sijil, noktah! Maka akan lahirlah graduan, yang kemudian akan jadi pensyararah, akan jadi jurutera, akan jadi, akan jadi, termasuk akan jadi penganggur, dan termasuk juga akan jadi penjenayah!
Maka apabila proses belajar tadi hanya untuk dapatkan sekeping sijil yang dicetak dengan harga yang tak sampaipun RM1, maka semakin membiaklah kemungkaran. Kerana proses pembelajaran tidak mengambil ruh pendidikan; belajar kerana mencari Tuhan, belajar kerana mencari kebenaran!
Saya mulai menggulung-gulung wayar vacuum cleaner yang panjang, sambil berkata-kata; "susah! susah! Dunia akan caca-marba selagi sistem tidak mahu kembali kepada panduan agama; Al-Quran dan As-sunnah."
Saya mengunci bilik cleaner, resah tetap sama bersarang dalam nubari saya; "nanti aku tulis dalam blog agar mesej ini terlestari seluruh benua yang membaca tulisan ini."
Saya melangkah gontai ke kereta, "dunia pendidikan memerlukan reformasi, bukan sekadar melahirkan graduan, melahirkan insan, insan yang kenal dan takutkan Tuhan!" Selamat tinggal Chifley Library, esok jumpa lagi!
ADDEEN: Di Chifley Library yang sama, beberapa minggu lepas seorang teman sekerja memberitahu dia menemui beberapa kondom terpakai. Oh Tuhan, saya harap "teknologi" ini tidak dipindahkan ke perpustakaan-perpustakaan Malaysia!
3 ulasan:
kak long juga meletakkan poster/sticker di library tempat kak long bertugas sebagai peringatan. Kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan barang peribadi. Kadangkala students sendiri leka ,tinggalkan barang berharga dan rakan students yg tidak amanah ciluk jer la.
salam singgah addeen. sebenarnya, generasi muda semakin ramai, since populasi rakyat Malaysia pun makin bertambah dari dekad ke dekad. emmm, nak kata budak2 ni salah sepenuhnya, susah juga nak sahihkannya. sebab semua pun bermula dari rumah, right? if we see budak2 bermasalah, try and see how do their parents grow them up...
i've became fasilitators for high schools and primary schools in spiritual programs. and it's shocking to know how some of these children's family live. and how do their parents treat them..
anyway, it's a good small effort in spreading this alertness. really nice to read. :) keep up!
slm..
ehmm..br punya kesempatan maser nk view blog kamu even dh berkali2 k.as ulang2..
mggu ke 2 jgk memulakan kerjaya s Medical Lab Technician (MLT) di UMBI..sgt2 sibuk dgn aktiviti harian..usai kje,ada saje progrm yg dh direncana..esok misalnyer ade usrah dgn ayu,didie,safura n sahabat2 lain di msjd kg.br insyllah..ehmm..mohon segalnyer dipermudah..ilham macamane?sihat ke?
Catat Ulasan