Selasa, September 18, 2007

KANGAROO DAN KEMATIAN

Assalamualaikum,


Australia - apa lagi kalau bukan terkenal satu buana sebagai tanah untuk Kangaroo! Di sini, kangaroo ini ibaratnya seperti lembu atau kambing di tempat kita di Malaysia.

Walaupun begitu, sepanjang 3 bulan saya sampai ke sini, hanya beberapa kali saya terserempak dengan kangaroo yang betul-betul di depan mata. Selebihnya, aha, papan-papan tanda yang mengingatkan pemandu supaya berhati-hati kerana akan melintasi kawasan yang banyak kangaroo, seperti gambar di sebelah.

Satu perangai kangaroo ialah suka mengejar cahaya terutama pada malam-malam hari, kata Abang Zabri, suami kepada Kak Ana. Dan, buktinya telah beberapa kereta senior-senior saya di sini kemek-kemek kerana dilanggar dek kangaroo.

Ceritanya begini, kangaroo yang tinggal di kawasan hutan-hutan kecil, seperti Canberra Nature Park, sekitar jalan-jalan raya akan suka mengejar cahaya lampu kereta. Kenapa kangaroo suka kepada lampu kereta, tak sempat lagi saya mengkajinya. Dan, malangnya lampu kereta yang dikejar oleh kangaroo itu ialah lampu kereta senior-senior saya. Walhasilnya, kangaroo yang berlari laju (kelajuan biasa kangaroo antara 25-30 km/j, dan boleh mencecah sehingga 70km/j, bayangkanlah!) tanpa brek itu akan terus sahaja menghentam mana-mana bahagian kereta dan kemeklah badan kereta (bukan badan kangaroo yang kemek!) Kangaroo? Mungkin ada yang luka berdarah, dan mungkin juga ada yang mati, kalau kecederaan agak teruk.


Terbaru tentang kangaroo yang saya baca dari akhbar tempatan Canberra; Chronical - kerajaan tempatan mensyaratkan supaya mana-mana kangaroo yang mati akibat dilanggar, bangkainya mestilah ditinggalkan di tempat kejadian. Untuk apa? Sebagai satu lagi "papan tanda" kepada pemandu-pemandu supaya berhati-hati, "kamu tengok tu ... bangkai kangaroo pun masih ada dan busuk, maknanya kawasan nih banyak kemalangan!"


Satu idea yang menarik juga, bukan?

Saya fikir, bagaimana kalau idea ini dibawa balik ke Malaysia? Mana-mana mayat yang mati kerana kemalangan jalan-raya dikebumikan sahaja di tempat-tempat kejadian, baru takut sikit para pemandu; "eh! Banyaknya kubur kawasan nih ... mesti kawasan kemalangan teruk nih." Dan automatiknya, pemandu itu akan memperlahankan kenderaannya (risau jugak, kalau-kalau pemandu itu makin laju sebab takutkan hantu, ahaks!)

Fikir-fikirkan lah!

Nah, sekali lagi kita melihat betapa haiwan-haiwan banyak memberi pelajaran kepada manusia-manusia yang dikurniakan indera akal yang sihat, itupun kalau kita mahu menggunakannya.

"Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar." (Al-Quran; 16:66)

ADDEEN: risau memikirkan kadar kemalangan yang akan naik mendadak ketika musim perayaan. Huh ...

3 ulasan:

lovely cupcakes berkata...

Salam Adden selamat berpuasa! la hai kesiannya kangaroo tuuu..

arsaili berkata...

watikah ke ni..setiap kali nak tulis kena mohon perkenan dulu ek..ekekeke...kesian plak ngan kangaroo tu..tak menyebarkan penyakit ker..bangkai nya tak di kubur..isk3x

ILHAM HAMDANI berkata...

ntah lah sebarkan penyakit gak tu. ingat nak buat korban kangaroo la raya nih arsaili, meh la canberra kalau rasa nak makan ... huhu